KATA-KATA ALUAN

KETUA BAHAGIAN PELANCONGAN
MAJLIS BANDARAYA IPOH

Picture1

ENCIK SHARULNIZAM BIN JAAFAR

Assalamualaikum w.b.r., Salam 1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya & Salam Hormat UTC Perak

Saya amat terharu dan bersyukur melihat perubahan Bandaraya Ipoh yang begitu ketara sekali dan membangun bagaikan sebuah bandaraya dinamik dan kaya dengan khazanah sejarah yang merupakan satu daya tarikan paling utama para pelancong ke Bandaraya Ipoh.

Tidak dapat dinafikan lagi hanya di Bandaraya Ipoh sahaja masih terdapat bukit-bukit batu kapur yang menampakkan kehijauan dan memiliki gua-gua yang unik serta kawasan lanskap yang cantik.

Masih terdapat lagi tempat-tempat menarik yang belum diterokai dan perlu dipromosikan lagi sebagai produk pelancongan di Bandaraya Ipoh ini yang mampu menarik minat para pelancong untuk terus berkunjung ke Ipoh dan Negeri Perak khusunya.

Saya percaya dengan adanya lawan web Pelancongan Bandaraya Ipoh sudah pasti dapat menyalurkan segala maklumat yang diperlukan oleh semua pengunjung dan pelancong tidak kira di dalam negara mahupun di luar negara kerana Bandaraya Ipoh kini sudah dikenali hingga ke peringkat antarabangsa.

Dari masa ke semasa Majlis Bandaraya Ipoh akan sentiasa memberikan perhatian dan membantu untuk mempromosikan produk-produk pelancongan yang terdapat di Bandaraya Ipoh. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda semua ke Bandaraya Ipoh – Dinamik, Hijau & Membangun.

Sekian, terima kasih.